top of page
  • Writer's pictureditcmy

Wajik

Updated: Mar 9, 2019



Resipi Wajik Bahan-bahan:  250g beras pulut 2 kotak santan (400ml) 200g gula melaka 2 sudu besar gula merah 3 helai daun pandan (diikat) Daun pisang Secubit garam  Cara penyediaan:

  1. Beras pulut dibersihkan dan direndam semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.

  2. Toskan beras sehingga kering. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.

  3. Masukkan 1 1/2 kotak santan ke dalam jag.

  4. Masukkan 1/2 kotak santan lagi ke dalam cawan besar dan campurkan 1/2 cawan air serta secubit garam. 

  5. Kacau dan masukkan  ke dalam mangkuk yang berisi beras tadi dan biarkan selama 30 minit. 

  6. Kemudian toskan beras yang bercampur santan tadi (masukkan air lebihan semasa tos tadi ke dalam jag yang berisi 1 1/2 kotak santan).

  7. Masukkan 1 ikat daun pandan ke dalam periuk pengukus. 

  8. Setelah air mendidih, letakkan daun pisang di dalam periuk pengukus dan taburkan beras di atasnya. 

  9. Kukus selama 30 minit.

  10. Satukan gula melaka, gula merah dan 2 ikat daun pandan bersama 1 cawan air.

  11. Masak sehingga gula hancur dan cair. Seterusnya, masukkan 1 1/2 cawan santan tadi, masak dengan api yang kecil. 

  12. Kacau hingga sebati dan pekat kehitam-hitaman - anggaran masa dalam 30-40 minit

  13. Kemudian masukkan pulut yang sudah dikukus tadi, kacau perlahan-lahan hingga sebati dan pekat - anggaran masa dalam 10-15 minit.

  14. Akhir sekali tuangkan ke dalam loyang yang telah diletakkan daun pisang. 

  15. Kemudian bolehlah disejukkan pada suhu bilik.



42 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page