top of page
  • Writer's pictureditcmy

Putu Mayam Pandan

Updated: Mar 9, 2019


Resipi Putu Mayam Pandan (Untuk hidangan: 10 - 12 keping) *Untuk menambahkan hidangan, bolehlah digandakan bahan-bahan adunan Bahan-bahan: 1 cawan tepung beras - disangai *1 cawan air pandan *kisar 5 helai daun pandan dengan air dan tapis 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil minyak jagung atau minyak kelapa Gula merah Kelapa parut putih Daun pisang atau plastik (disapu sedikit minyak) Acuan maruku/ putu mayam Cara penyediaan: 1. Panaskan air kukusan.

2. Panaskan air pandan hingga mendidih.

3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak, kacau rata. Tutupkan api.

4. Selepas proses ini, terdapat dua cara untuk membuat adunan. Terpulang kepada pilihan masing-masing.                                                                                         

Cara 1; 

Selepas tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau berterusan hingga menjadi doh yang lembut.                                                           

Cara 2;

Selepas tutup api, tuangkan air panas perlahan-lahan kedalam mangkuk yang berisi tepung sambil dikacau berterusan hingga menjadi doh yang lembut.*untuk cara ini, air hendaklah dikurangkan menjadi ½ cawan.


5. Kemudian, semasa doh sedang panas, terus masukkan ke dalam acuan maruku (guna lubang yang paling kecil).

6. Tekan dan putar acuan dalam bentuk bulatan dan biarkan doh bertali itu jatuh di atas daun pisang/ plastik.

7. Pastikan air kukusan telah mendidih.

8. Susun dalam pengukus dan kukus selama 2-3 minit.

9. Bolehlah di hidangkan bersama kelapa parut putih dan gula merah.


59 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page