
Resipi Roast Beef
Bahan-bahan:
500g -1kg Daging bahagian topside atau topround - yang telah diikat dengan tali
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar sos worcestershire
3 ulas bawang putih - diketuk
Garam
Serbuk lada hitam
Rosemary kering
Cara penyediaan:
Panaskan oven 240°C.
Bersihkan daging dan toskan.
Jika daging yang dibeli belum diikat, ikat sekeliling daging dengan tali - jarak setiap 2 inci.
Panaskan pan, masukkan mentega dan minyak zaitun.
Sautee daging sambil balik-balikkan hingga daging keperangan lebih kurang 5 minit.
Keluarkan daging dari pan, masukkan worcestershire dan bawang putih. Sautee selama 30 saat.
Masukkan bawang putih kedalam casserole atau loyang dan letakkan daging tadi diatasnya.
Tuangkan lebihan sos tadi ke atas daging sambil lumurkan sekeliling daging.
Kemudian lumurkan pula daging dengan garam, lada hitam dan rosemery kering.
Tips membakar: Untuk daging 400g - 800g;
Kalau nak daging well done - bakar selama 30-35 minit
Kalau nak daging medium well - bakar selama 20-25 minit.
Balik-balikkan daging setiap 10 minit
Untuk daging 800g - 1.5kg;
Kalau nak daging well done - bakar selama 40-45 minit.
Kalau nak daging medium well - bakar selama 30-35 minit.
Balik-balikkan daging setiap 15 minit.
*Selepas dibakar, keluarkan dan tutup casserole atau loyang dengan aluminium foil selama sekurang-kurangnya 15 minit atau pun sebelum dihidang.
Bahan sayuran:
1 batang karot - kerat 2, kemudian potong lagi 4 bahagian memanjang
2 biji bawang besar - potong kiub 4 bahagian
3 biji kentang - potong kiub 4-6 bahagian
Brussels Sprout (optional)
Cendawan butang (optional)
Cara penyediaan:
Panaskan pan dan cairkan 2 sudu besar mentega.
Sautee semua bahan sayuran lebih kurang 5 minit (masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam).
Kemudian masukkan sayuran kecuali asparagus dan cendawan ke dalam casserole 5-10 minit sebelum pembakaran daging selesai.
Gunakan pisau yang tajam untuk menghiris daging.
Comments