
Resipi Spaghetti Udang Aglio Olio
(Untuk hidangan: 2 orang)
Bahan-bahan:
200g atau 1/2 paket spaghetti
200g udang - buang kulit dan kepala, tinggalkan ekor
Air untuk merebus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil chilli flakes (boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian)
1 sudu kecll daun basil kering
10 helai daun basil segar
2 sudu besar Parmesan cheese
Cara penyediaan:
Rebus spaghetti di dalam periuk dengan air yang penuh dan mendidih sehingga 'al dente' (dalam 10-12 minit).
Tutup api, keluarkan spaghetti daripada periuk dan toskan (tidak perlu bilas).
Masukkan udang ke dalam periuk yang berisi air rebusan spaghetti tadi (tidak perlu buka api) selama lebih kurang 1 minit.
Panaskan kuali leper yang besar dengan api sederhana.
Masukkan minyak zaitun diikuti bawang putih, garam, chilli flakes dan daun basil kering.
Kacau rata bahan-bahan tersebut selama 1 minit.
Masukkan udang dan goreng sebentar sahaja sambil dibalik-balikkan.
Kemudian masukkan daun basil segar diikuti spaghetti.
Kacau menggunakan senduk spaghetti selama 1 minit. Tutup api.
Masukkan di dalam pinggan, taburkan parmesan dan siap untuk di hidangkan
Comentários