
Resipi Nasi Mandi Bahan-bahan Stok Ayam: 1 ekor ayam - dipotong 4 bahagian 1 biji bawang besar - di potong dadu 4 ulas bawang putih - diketuk 2 inci halia - dihiris kasar 1 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 1 sudu kecil lada hitam 2 helai daun bay 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 ketul kiub ayam Sedikit saffron Air secukupnya Cara penyediaan:
Di atas api sederhana, rebus ayam bersama bahan-bahan sehingga empuk (dalam 30 minit)
Kemudian angkat dan toskan
Simpan air stok ini untuk memasak nasi.
Bahan-bahan Memasak Nasi: 3 cawan beras Basmati Khadijah (basuh dan rendam selama 30 minit) 4 cawan air stok ayam 2 sudu besar minyak sapi 1 sudu besar mentega 5 ulas bawang merah - dihiris halus 2 sudu kecil Rempah Kabsah Sedikit saffron Cara penyediaan:
Panaskan minyak sapi dan mentega
Masukkan bawang, goreng hingga naik bau dan bawang menjadi layu kekuningan.
Masukkan rempah kabsah dan kacau rata.
Masukkan air stok ayam bersama dengan bahan-bahan stok.
Kacau rata sebentar.
Pindahkan ke periuk nasi elektrik dan masukkan beras.
Apabila nasi telah hampir masak, taburkan saffron.
Biarkan seketika dan gemburkan nasi dengan garpu.
Bahan-bahan Rempah Kabsa: 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 2 sudu kecil biji ketumbar 1 sudu kecil serbuk cili 1/2 sudu kecil serbuk kunyit Cara penyediaan:
Goreng tanpa minyak semua bahan-bahan kecuali serbuk cili dan kunyit sehingga naik bau.
Kisar semua bahan sehingga halus
Gaulkan dengan serbuk cili dan kunyit. Ketepikan
Cara penyediaan: Perapan dan Panggang
Perap ayam yang telah direbus dengan rempah kabsa sekurang-kurangnya 15 minit
Titiskan sedikit minyak pada perapan ayam
Balut dengan aluminium foil kemudian bolehlah di bakar atau panggang

Bahan -bahan Tabbouleh: 3/4 cawan air mendidih 1/4 cawan couscous 1 sudu besar minyak zaitun 1 cawan tomato - didadu 1 cawan timun - didadu 3 cawan parsley - dihiris 1 sudu kecil serbuk bawang putih Garam secukup rasa Perahan lemon - secukup rasa Cara penyediaan:
Masukkan couscous ke dalam periuk dan letakkan air panas dan didihkan selama 2 minit.
Tutup api dan biarkan kuskus didalam periuk selama 5 - 10 minit sehingga ianya kembang dan lembut.
Masukkan kesemua bahan-bahan salad ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
Satukan jus lemon, garam, minyak zaitun, serbuk bawang putih dan kacau rata.
Gaulkan kuskus bersama salad dan bolehlah dihidangkan

Bahan-bahan Salata Hara: 2 biji tomato 1/2 biji bawang besar 2 biji cili besar 5 biji cili padi Sedikit daun ketumbar Sedikit garam Jus lemon Cara penyediaan:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja jangan sampai terlalu hancur.
Atau pun seelok-eloknya gunakan food processor.
Bolehlah dihidangkan.
Comments