top of page
  • Writer's pictureditcmy

Nasi Ayam Hainan



Resipi Nasi Ayam Hainan Bahan-bahan Stok Ayam: 1 ekor ayam - potong 8 bahagian 6 ulas bawang putih - diketuk 2 inci halia - dihiris kasar 1 kiub pati ayam Garam secukup rasa 1.5 liter air Cara penyediaan:

  1. Di atas api sederhana, rebus ayam bersama bahan-bahan sehingga empuk (dalam 20 minit).

  2. Kemudian angkat dan toskan.

  3. Simpan air stok ini untuk memasak nasi.



Bahan-bahan Memasak Nasi: 3 cawan beras Basmathi Khadijah (basuh dan rendam selama 30 minit, kemudian toskan) 4 cawan air stok ayam 4 ulas bawang putih - hiris halus 1 inci halia - hiris kasar Garam secukup rasa 2 sudu besar mentega 1/2 sudu besar minyak bijan Cara Penyediaan:

  1. Panaskan mentega dan masukkan halia dan bawang putih, tumis sehingga naik bau.

  2. Masukkan air stok ayam, garam dan minyak bijan. Kacau sebati.

  3. Pindahkan ke periuk nasi elektrik dan masukkan beras.

  4. Masak sehingga nasi masak.


Bahan-bahan Perapan Ayam: 5 sudu besar sos tomato 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar kicap manis 3 sudu besar kicap cair 2 inci halia - dihiris kasar 1 sudu kecil serbuk lada hitam Cara penyediaan: Perapan dan Panggang

  1. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan.

  2. Masukkan semua bahan dan ayam ke dalam mangkuk, gaul hingga sebati.

  3. Perap sekurang-kurang 30 minit dalam peti sejuk.

  4. Kemudian bolehlah di bakar atau dipanggang atau pun digoreng di atas non stick pan tanpa minyak hingga garing.


Bahan-bahan Sos Cili: 1 sudu besar air perahan limau nipis 4 sudu besar air rebusan ayam 1 sudu besar gula 1/2 sudu besar sos cili thai 5 biji cili merah - dibuang biji 2 biji cili padi merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia Secubit garam Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan sehingga halus.

  2. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

  3. Tutup api dan ketepikan


Bahan-bahan Sos Kicap dan cara penyediaan: 5 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap manis 3 sudu besar air rebusan ayam 1 sudu besar minyak bawang putih 1 sudu kecil minyak bijan *Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata


Cara penyediaan untuk Sup:

  1. Panaskan air stok ayam (tambahkan air sekiranya perlu).

  2. Masukkan garam secukup rasa.

  3. Masukkan bawang goreng dan daun bawang.



Bahan-bahan Kerabu Mangga dan cara penyediaan: 1 biji mangga muda hampir masak - disagat 1/2 biji bawang besar - dihiris 4 biji cili padi - dihiris 5 sudu besar kacang tanah - digoreng 1/2 cawan ikan bilis - digoreng (boleh lebihkan ikut kesukaan) 1 biji limau nipis 1 sudu kecil gula Secubit garam

  • Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.

  • Perahkan limau nipis, gaul dan bolehlah dihidangkan


Bahan-bahan hiasan:

Timun - dibuang kulit dan dipotong serong Tomato - dipotong bulat Salad Daun bawang Bawang goreng

246 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page