top of page
  • Writer's pictureditcmy

Kai Si Hor Fun

Updated: Mar 11, 2019



Resipi Kai Si Hor Fun Bahan-bahannya: Sisa & tulang - daripada 1 ekor ayam 1 ketul dada ayam - saiz besar  300g udang - saiz sederhana besar 2 paket kueyteow halus 2.5 liter air 1 sudu kecil lada sulah Garam & gula secukup rasa Bawang goreng Daun kucai & taugeh Kicap cair Cili merah Cara penyediaan:

  1. Masukkan sisa dan tulang ayam ke dalam periuk besar, tuangkan air, masukkan lada sulah dan rebus selama sejam dengan api sederhana kecil.

  2. Bersihkan udang, keluarkan kulit dan kepala tetapi biarkan bahagian ekornya.

  3. Selepas 30 minit ayam tadi direbus, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan kepala dan kulit udang tadi.

  4. Goreng selama 10 minit hingga ianya menjadi garing.

  5. Kemudian masukkan gorengan tadi ke dalam periuk rebusan ayam.

  6. Masukkan juga dada ayam, tutup periuk dan perlahankan lagi api.

  7. Selepas 15 minit, buka penutup, keluarkan dada ayam dan biarkan sejuk seketika.

  8. Kemudian carik-carikkan isi ayam dan ketepikan.

  9. Celurkan udang ke dalam air rebusan tadi dan ketepikan.

  10. Tapis air rebusan ayam ke dalam periuk lain, rebus lagi hingga mendidih.

  11. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan tutup api.

Cara hidangan:

  • Celurkan kueyteow dah masukkan ke dalam mangkuk

  • Potong daun kucai dalam 2 inci dan celurkan bersama taugeh

  • Tuangkan kuah sup, masukkan ayam dan udang serta taburkan bawang goreng

  • Untuk menambahkan sedikit kepedasan, hiris cili merah dan campurkan bersama kicap cair



14 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page