
Resipi Hummus
Bahan-bahan:
1 tin kacang kuda (425g Chickpeas)
- tos dan bilaskan
4 sudu besar jus lemon
4 sudu besar tahini
1 ulas bawang putih - dicincang
8 sudu besar extra virgin olive oil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Secubit serbuk paprika
Cara penyediaan:
Masukkan tahini dan jus lemon ke dalam food processor dan proses selama 30 saat.
Kikis adunan yang terlekat dibahagian tepi food processor, sebatikan dan proses lagi selama 30 saat.
Masukkan pula 4 sudu besar olive oil, bawang putih, lada hitam dan garam, kemudian proses selama 30 saat.
Kikis adunan yang terlekat dibahagian tepi food processor, sebatikan dan proses lagi selama 30 saat.
Kemudian masukkan setengah dulu kacang kuda dan proses selama 1 minit.
Kikis adunan yang terlekat dibahagian tepi food processor, sebatikan dan masukkan setengah lagi kacang kuda.
Proses lagi selama 1 minit.
Sekiranya hummus terlalu pekat, masukkan 2-3 sudu olive oil dan proses lagi sehingga sekata (lebih kurang 30 saat).
Kemudian bolehlah dihidangkan bersama olive oil dan serbuk paprika.
コメント