top of page
  • Writer's pictureditcmy

Chicken Enchiladas

Updated: Mar 9, 2019



Resipi Enchiladas Ayam (Untuk hidangan: 5 keping Tortilla)

Bahan-bahan Sos Enchilada: 2 sudu besar minyak zaitun 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil oregano kering 2 sudu besar tomato puri 1 1/2 cawan stok ayam 1 sudu kecil cuka Secubit garam Secubit serbuk kayu manis Secubit lada hitam Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak, tomato puri dan stok sayuran ke dalam mangkuk dan gaul sebati.

  2. Panaskan minyak zaitun didalam periuk di atas api sederhana.

  3. Kemudian masukkan campuran tadi dan masak lebih kurang seminit sambil dikacau sentiasa.

  4. Masukkan pula tomato puri dan kacau sebati.

  5. Kemudian perlahan-lahan tuangkan stok sayuran sambil dikacau sentiasa untuk menghilangkan ketulan-ketulan yang ada.

  6. Besarkan api hingga sederhana tinggi dan biarkan sehingga bancuhan mendidih.

  7. Kemudian kecilkan api dan masak selama 5 minit sambil di kacau sentiasa hingga sos menjadi sedikit pekat.

  8. Masukkan cuka, kacau rata dan tutup api.

  9. Rasa dahulu sos. Sekiranya kurang rasa, bolehlah ditambah secubit dua garam ke dalamnya.


Bahan-bahan Enchilada: 400g isi ayam - dipotong kiub 1/2 biji bawang besar - dicincang halus 100ml sour cream 1 cawan Cheddar cheese  1 cawan Mozzarella cheese 1/2 cawan daun ketumbar - dicincang kasar 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam  1/2 sudu kecil garam 2 sudu kecil serbuk cili 1 biji cili hijau - dicincang  1 biji tomato - dipotong dadu 1 ulas bawang putih - dicincang 5 keping Tortilla - saiz 8 atau 10  inci 1 1/2 cawan Sos Enchilada


Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven 180°C.

  2. Goreng ayam didalam kuali non-stick dengan api sederhana panas tanpa minyak sehingga ayam menjadi kering.

  3. Masukkan bawang, sour cream, 1/4 cawan cheddar cheese, 1/2 cawan daun ketumbar dan serbuk lada hitam. Kacau rata.

  4. Masak hingga cheese menjadi cair.

  5. Kemudian masukkan garam, 1/2 cawan sos enchilada, serbuk cili, tomato, cili hijau dan bawang putih.

  6. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah jadi pekat.

  7. Bahagikan ayam tadi sama banyak kepada 5 bahagian.

  8. Sapukan tortilla dengan sos dan letakkan ayam di atas tortilla. Kemudian gulung tortilla.

  9. Sapukan 1/3 cawan sos enchilada di atas permukaan casserole atau baking pan bersaiz 8x10 inci.

  10. Susun tortilla di dalam casserole/ baking pan.

  11. Tuangkan lebihan sos tadi ke atas tortilla dan taburkan dengan lebihan cheddar cheese dan mozzarella.

  12. Bakar (tanpa perlu ditutup casserole/ baking pan) selama 20 minit.

  13. Biarkan selama 10 minit, kemudian taburkan lebihan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.




11 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page