top of page
  • Writer's pictureditcmy

Beef Roll Ups

Updated: Mar 11, 2019



Resipi Beef Roll Ups Bahan-bahan: 8-10 keping Beef Breakfast Streaky Garam secukupnya Serbuk lada hitam secukupnya 3 sudu besar sos Worcestershire 1 sudu besar minyak zaitun 1/2 batang Lobak merah* 1/2 biji Capsicum merah atau hijau* 1/2 batang Zucchini* *dipotong julienne, 3 inci panjang 5 helai daun bawang - dipotong 3 inci panjang, dibelah pada setengah bahagian 2 ulas bawang putih - diketuk 1 sudu kecil Italian herb seasoning

Cara penyediaan:

  1. Perap streaky beef yang telah dilumur dengan garam, lada hitam dan sos worcestershire sekurang-kurangnya 30 minit.

  2. Di atas kuali leper, panaskan minyak dan masukkan bawang putih.

  3. Goreng sehingga naik bau/harum.

  4. Kemudian masukkan semua bahan-bahan halus kecuali daun bawang dan goreng lebih kurang 2 minit.

  5. Tambahkan italian herb seasoning dan garam. Kacau rata dan ketepikan.

  6. Ambil streaky beef dan bentangkan atas pinggan.

  7. Sapu dengan minyak zaitun.

  8. Susun lobak, zuchini, capsicum dan daun bawang dalam anggaran sama banyak kesemuanya.

  9. Gulung streaky beef dan cucuk dengan lidi supaya tidak terbuka semasa hendak menggoreng. Ketepikan.

  10. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana dan tuangkan sedikit minyak zaitun.

  11. Masukkan streaky beef tadi dan goreng sambil balik-balikkan sehingga masak atau hampir garing. 

  12. Susun atas pinggan, keluarkan lidi dan tuangkan balsamic glaze di atasnya


Bahan-bahan untuk Sos Balsamic:

2 sudu kecil mentega 2 sudu besar bawang merah - dicincang 1/4 cawan cuka balsamic* *boleh digantikan dengan apple cider 2 sudu besar gula merah 1/4 cawan stok daging

Cara penyediaan:

  1. Panaskan mentega didalam periuk kecil sehingga cair.

  2. Masukkan bawang dan goreng hingga layu.

  3. Masukkan balsamic, gula dan stok daging. Kacau sebati.

  4. Masak sehingga mendidih dan kecilkan api.

  5. Biarkan sehingga sos menjadi setengah daripada kandungan asal. Ketika ini mentega akan mula berpecah dan naik ke atas permukaan sos.

  6. Tutup api dan tuang ke dalam mangkuk.



13 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント

コメントが読み込まれませんでした。
技術的な問題があったようです。お手数ですが、再度接続するか、ページを再読み込みしてださい。
bottom of page