top of page
  • Writer's pictureditcmy

Turkish Delight

Updated: Mar 11, 2019



Resipi Turkish Delight  Bahan-bahan: 2 cawan gula 2 cawan air 1 sudu kecil jus lemon 3/4 cawan tepung jagung 1 sudu kecil cream of tartar 1 sudu kecil esen vanilla atau perisa strawberry atau apa-apa perisa yang digemari atau pun 1/2 sudu besar rose water 2 titik perwarna merah atau apa-apa warna yang digemari 50g Pistachio - kisar kasar (optional) Untuk dusting: 2 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar gula icing Cara penyediaan:

  1. Buka api sederhana kecil.

  2. Masukkan gula, 3/4 cawan air dan jus lemon ke dalam pan.

  3. Kacau rata sehingga gula hancur.

  4. Biarkan mendidih sambil di kacau sekali sekala selama 10 minit. Ketepikan.

  5. Di dalam non stick pan yang lain, masukkan tepung jagung, cream of tartar dan 1 1/4 cawan air.

  6. Di dalam non stick pan yang lain, masukkan tepung jagung, cream of tartar dan 1 1/4 cawan air. Kacau sebati.

  7. Letakkan pan atas dapur dengan api kecil sambil terus di kacau supaya tidak berketul-ketul.

  8. Setelah bancuhan menjadi likat, tuangkan sedikit demi sedikit air gula hingga habis sambil terus di kacau.

  9. Kemudian biarkan selama 40 minit dan setiap 15 minit, kacau rata seketika.

  10. Setelah 40 minit, bancuhan akan menjadi warna keemasan, tutup api.

  11. Kacau rata seketika, tuangkan perwarna dan perisa, kacau sebati.

  12. Taburkan pula pistachio dan kacau sebati.

  13. Kemudian tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar atau aluminum foil.

  14. Rata-ratakan dan biarkan terbuka semalaman pada suhu bilik. 

  15. Campurkan tepung jagung dan gula icing di dalam bekas, kemudian taburkan sedikit ke atas papan pemotong.

  16. Keluarkan Turkish Delight daripada loyang dan letakkan di atas papan pemotong.

  17. Potong Turkish Delight bentuk kiub kecil dan gaulkan dengan campuran tepung dan gula tadi.

  18. Boleh terus dihidangkan dan sekiranya hendak menyimpannya, simpan di dalam air tight container dengan lebihan campuran tepung jagung dan gula icing tadi.



17 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page