top of page
  • Writer's pictureditcmy

Thai Red Ruby

Updated: Mar 11, 2019



Resipi Thai Red Ruby

Bahan-bahan:

10 biji Sengkuang Cina (Water Chestnuts) 1/2 cawan Tepung Ubi 3-4 sudu besar Air Pewarna merah 5 ulas Nangka (optional) - dihiris halus

Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit sengkuang cina dan rendamkan didalam mangkuk yang berisi air sejuk.

  2. Kemudian potong dadu kecil-kecil isinya.

  3. Campurkan isi sengkuang, air dan beberapa titik pewarna merah.

  4. Gaul rata dan ketepikan selama 15 minit. 

  5. Kemudian toskan dan gaul bersama tepung ubi atau boleh juga dimasukkan ke dalam bekas tertutup dan goncangkan perlahan-lahan sehingga disaluti tepung. 

  6. Masukkan ke dalam penapis dan ayak untuk membuang lebihan tepung. 

  7. Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan sengkuang cina yang bersalut tepung tadi.

  8. Masak sehingga sengkuang terapung ke atas permukaan air.

  9. Cedok sengkuang yang terapung menggunakan penapis dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk dan ais.


Bahan-bahan kuah santan:

200 ml santan pekat 2 sudu besar gula 1/4 cawan air Secubit garam Sehelai daun pandan

Cara penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk kecil.

  2. Panaskan atas api hingga naik wap sahaja.

  3. Sentiasa kacau hingga garam dan gula hancur. 

  4. Tutup api dan sejukkan.

Cara hidangan:

  1. Kisar ais dan masukkan ke dalam mangkuk.

  2. Toskan sengkuang yang direndamkan tadi dan masukkan bersama nangka.

  3. Tuangkan kuah santan dan bolehlah dihidangkan.



16 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page