top of page
  • Writer's pictureditcmy

Creme Brulee

Updated: Jan 25, 2020



Resipi Crème Brûlée (Untuk hidangan: 5 bekas remekin bersaiz 3")

Bahan-bahan: 3 biji telur kuning (saiz L) 250ml whipping cream (saya guna jenama Pauls) 4 sudu besar gula  1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven 160°C.

  2. Pukul telur kuning dan 2 sudu besar gula dalam mangkuk perlahan-lahan dengan whisk.

  3. Di dalam periuk kecil, masukkan cream, vanilla dan 2 sudu besar gula.

  4. Masak dengan api kecil sambil kacau perlahan-lahan sehingga gula hancur.

  5. Bila cream sudah panas (tak perlu tunggu hingga mendidih), tuangkan perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk bancuhan telur sambil terus dikacau sehingga sebati.

  6. Sediakan remekin di dalam baking pan dan tuangkan bancuhan tadi ke dalam remekin (cukup sekadar hampir penuh).

  7. Tuangkan air panas perlahan-lahan ke dalam pan sehingga air berada sama paras dengan 2/3 ketinggian remekin. *pastikan air panas tidak tertuang ke dalam remekin.

  8. Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga permukaan bancuhan berwarna kuning gelap.

  9. Sejukkan pada suhu bilik dalam 30 minit.

  10. Kemudian tutup remekin dengan cling wrap dan simpan di dalam peti sejuk.

  11. Creme brulee boleh dihidangkan selepas sekurang-kurangnya 3 jam didalam peti sejuk dan boleh bertahan selama 3 hari.

Cara hidangan:

  1. Keluarkan cling wrap.

  2. Taburkan satu sudu besar gula di atas permukaan creme brulee dan ratakan.

  3. Gunakan torch (jarakkan 3-4 inci dari remekin) untuk membakar gula tersebut sehingga gula menjadi perang kehitaman.

  4. Sekiranya tiada torch, boleh gunakan kaedah 'broiler' atau pun panaskan belakang sudu di atas dapur sehingga betul-betul panas kemerahan dan seterusnya lalukan di atas permukaan gula.



32 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page