top of page
  • Writer's pictureditcmy

Baklava

Updated: Mar 11, 2019


Resipi Baklava Bahan-bahan air gula: 3/4 cawan gula 3/4 cawan air 2 sudu besar madu 2 sudu besar jus lemon Cara penyediaan:

  1. Buka api sederhana besar.

  2. Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk kecil. Kacau sebati.

  3. Setelah ke semua bahan sebati, perlahankan api dan biarkan selama 3-4 minit.

  4. Sejukkan pada suhu bilik.

Bahan-bahan untuk filling baklava: 100g pistachio 100g walnut 50g almond 1 sudu kecil gula perang 1 sudu kecil serbuk kayu mani 150g mentega - dicairkan (untuk disapu atas fillo pastry) 1 paket fillo pastry - potong ikut saiz loyang (30 helai)



Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua kacang ke dalam food processor dan kisar (jangan terlalu halus).

  2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.

  3. Masukkan gula dan serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati.

*Tips untuk penggunaan fillo pastry


  • Simpan fillo pastry di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku (freezer)

  • Sebelum membuat baklava, pastikan fillo diletakkan di bahagian peti sejuk biasa semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.

  • Kemudian keluarkan fillo pastry daripada kotak (tetapi jangan dibuka plastik pembalutnya) dan biarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1 jam 

  • Potong fillo pastry mengikut saiz loyang yang akan digunakan (simpan lebihan didalam freezer)

  • Tutup fillo yang telah dipotong untuk membuat baklava dengan kain yang lembap (pastikan tiada air yang menitik daripada kain)

  • Pastikan fillo sentiasa di tutup semasa membuat



Cara penyediaan baklava:

  1. Sediakan loyang berbentuk empat segi tepat atau sama. (saya gunakan loyang 8" x 8")

  2. Sapukan mentega pada sekeliling bahagian dalam loyang. 

  3. Letak sehelai lapisan fillo dalam loyang.

  4. Kemudian sapukan fillo dengan mentega cair.

  5. Lapiskan lagi fillo kedua ke atas lapisan fillo pertama.

  6. Ulang proses ini sehingga 10 helai fillo.

  7. Taburkan filling kacang dan rata-ratakan.

  8. Kemudian lapiskan fillo sehingga 5 helai lapisan.

  9. Taburkan lagi filling kacang dan rata-ratakan.

  10. Ulang proses ini sehingga 3 kali taburan filling kacang.

  11. Selepas taburan filling kacang yang ketiga, letakkan fillo dan lapiskan sebanyak 10 helai lapisan.

  12. Pastikan setiap lapisan disapu dengan mentega.

  13. Kemudian potong baklava seperti bentuk diamond dan sapukan mentega.

  14. Bakar 180°C selama  35-40 min.

  15. Setelah siap dibakar, cepat-cepat tuangkan air gula ke atas baklava sehingga habis.

  16. Biarkan 30 minit (seelok-eloknya 4 jam) dan bolehlah dimakan.

*Baklava boleh dibiarkan dan disimpan didalam loyang (tutup dengan kain) selama 2-3 minggu.



23 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page