top of page

Pulut Dakap

Writer's picture: ditcmyditcmy

Updated: Mar 11, 2019



Resipi Pulut Dakap

Bahan-bahan:

500g beras pulut 1 1/2 cawan santan pekat 1 1/2 sudu besar gula Secubit garam Sesikat pisang raja Daun pisang Tali rafia - untuk membalut ketupat

Cara penyediaan:

  1. Beras pulut dibersihkan dan direndam semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.

  2. Toskan beras sehingga kering. 

  3. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.

  4. Kukus beras pulut hingga separuh masak lebih kurang 20 minit.

  5. Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.

  6. Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja. Sentiasa kacau hingga garam dan gula hancur.

  7. Tutup api dan sejukkan sebentar.

  8. Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang besar.

  9. Tuang santan tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan pulut. 

  10. Santan tidak perlu tuang habis, sekadar cukup-cukup untuk melembabkan pulut. Jika terlebih boleh melembikkan pulut.

  11. Biarkan dulu sebentar lebih kurang 10 minit.

  12. Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus hingga masak lebih kurang 25 minit.

  13. Setelah pulut masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang besar dan sejukkan sebentar.

  14. Lap bersih daun pisang, potong lebih kurang dua saiz tapak tangan dan layurkan, dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.

  15. Letakkan pulut lebih kurang 2 sudu besar di atas daun pisang  dan rata-ratakan sebesar tapak tangan.

  16. Pisang di belah dua dan letakkan di atas pulut. Kemudian gulungkan.

  17. Balut daun pisang seperti membuat lepat pisang.

  18. Dakapkan dua balutan dan ikat ketat dengan tali rafia 4 - 5 bahagian.

  19. Kukus semula pulut selama 10 minit.



 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


© 2019 DaddyisTheChef. All rights reserved.

bottom of page