top of page

Kuih Bakar Pandan

Writer's picture: ditcmyditcmy

Updated: Mar 2, 2019


Kebiasaannya kuih bakar di buat di dalam loyang atau acuan kuih bakar bunga. Untuk resepi ini, kuih bakar di buat di dalam muffin pan atau cupcake cases.

Resipi Kuih Bakar Pandan Bahan-bahan: ½ cawan Tepung gandum ½ cawan Gula caster ½ cawan Air* 8 helai Daun pandan* *(di kisar dan tapis) 1 ½ kotak | 300 ml Santan 2 biji Telur ¼ sudu kecil Garam Bijan secukupnya Alatan: Muffin pan, 12 lubang ATAU Cupcake cases/ liners, saiz L ATAU Muffin pan, saiz 6x10 inci atau 8x8 inci

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven 180°C.

  2. Sapu minyak di bahagian dalam muffin pan. Panaskan selama 5 minit didalam oven.

  3. Sekiranya menggunakan cupcake cases, tidak perlu disapu minyak dan dipanaskan.

  4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata menggunakan whisk.

  5. Boleh juga kisar bahan-bahan menggunakan blender. Kemudian tapiskan.

  6. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam muffin pan atau pun cupcake cases.

  7. Bakar selama 10min, kemudian keluarkan daripada oven dan taburkan bijan.Sambung bakar selama 40 - 45 minit.



 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


© 2019 DaddyisTheChef. All rights reserved.

bottom of page